Posts tagged ‘Huge Jackman’

February 24, 2016

Makanan Apa Saja Yang Digilai Selebriti Hollywood?

 

Terlalu banyak kisah mengenai hubungan cinta selebriti Hollywood yang diketahui ramai. Namun, apa yang masyarakat tidak tahu, apakah makanan kegemaran mereka. Apa yang Justin Bieber selalu makan? Apa makanan obsesi Jennifer Aniston dan apakah makanan yang mampu menambat hati Hugh Jackman? Adakah mereka ini hanya menikmati makanan yang healthy sebagai satu cara untuk menjalani gaya hidup yang sihat tau mereka juga penggemar karbo atau makanan berlemak tinggi?

Emma Watson: Mexican Food
Aktres British ini gemar menyediakan tortila telur pada waktu pagi. “Ia memang kepakaran saya. Malah saya juga turut membuat guacamole, salsa dan telur scramble dan kemudian saya akan memasaknya bersama Tortila. Ia senang dibuat dan pada masa yang sama, sangat yummy!,” katanya.

Hugh Jackman: Wine dan Cheese
Aktor Australia ini sememamngnya memahami obsesi wina dan cheese. “Saya memang suka makan dan saya juga sukakan wine yang punya kualiti. Tiada apa yang boleh menandingi kombinasi cheese dan wine yang bagus,” katanya.

Scarlett Johansson: Buffalo Chicken Wings
Scarlett Johansson sememangnya suka berpeluh dengan melakukan rutin work out. Tapi pada masa yang sama dia juga tidak pernah mengetepikan makanan kegemarannya ini. “Saya obses dengan buffalo chicken wings. Saya juga ketagih memakannya,” katanya.

Miranda Kerr: Fried Chicken
Model yang sangat superfit ini mengamalkan rutin dietnya dengan mengambil buah-buahan serta sayuran segar. Namun, anda suatu jenis makanan yang tidak dapat dielakkannya iaitu ayam goreng. “Adakalanya, anda mahu sangat makan ayam goreng dan itulah kelemahan saya. Namun, saya tidak rasa ia suatu tindakan yang salah,” katanya.

Justin Bieber: Spaghetti Bolognese
Ikon pop ini nampaknya tahu bagaimana menikmati makanan Itali san makanan Itali kegemarannya tidak lain tidak bukan adalah spaghetti bolognese. Sungguh klasik!

Mariah Carey: Pizza
“Makanan kegemaran saya adalah pizza, malangnya saya tidak dibenarkan untuk menikmatinya,” kata Mariah. Mungkin, penyanyi lagu My All ini patut mencuba pizza yang berkalori rendah.

Britney Spears: Chocolate
Percaya atau tidak bahawa Britney Spears amat menyukai Chocolate. “Makanan kegemaran saya? Sudah tentu cokelat dan banyak cokelat,” katanya. Baguslah, cokelat juga mampu membantu mengatasi tekanan dan mungkin itulah cara Britney menghilangkan tekanan dalam diri dan kehidupannya.

Jennifer Aniston: Nachos
Menurut Jennifer Aniston, Nachos adalah makanan yang amat digemarinya dan jika ia terjatuh di atas lantai, dia sanggup mengutipnya semula dan terus memakannya. “Saya bikin sendiri Nachos saya. Senang saja. Saya gunakan tortila dan potong-potongkan dalan bentuk segi tiga, kemudian saya goreng menggunakan minyak kelapa,” katanya.

Selena Gomez: Pickles
Bekas kekasih Justin Bieber ini memang diketahui sangat obses dengan sayur jeruk (pickles). Makanan ini juga sentiasa diselitkan dalam menu konsert jelajahnya.

Cameron Diaz: Apa saja yang menggunakan bawang putih, minyak zaitun dan lemon
Aktres yang juga penulis, The Body Book ini memang selalu memasak. Apabila ditanya juadah apa yang gemar dimasaknya, dia menjawab: “Apa saja yang menggunakan bawang putih, minyak zaitun dan lemon. Ertinya apa saja hidangan Itali atau perisa Mediterranean yang ringkas.

Kristen Stewart: Tortilla Soup
Aktres ini cukup menggemari sup tortilla dan dia juga pernah berkongsi resepi sup tortilannya itu di dalam majalah Vogue.

John Legend: Fried Chicken
Penyanyi ini memasak setiap hari bersama isterinya, Chrissy Teigen. Namun, John sangat diketahui handal menyediakan resepi ayam gorengnya sendiri di dapur.

 

Murai

December 29, 2011

Mariah Carey Beramal Melalui Karya Seni

Mariah Carey dan Huge Jackman adalah dua diantara para bintang yang melakukan lelang karya seni untuk kegiatan amal. Para bintang telah bergabung dalam Pencils of Promise untuk memberikan tanda tangan atau pesan untuk peningkatan pendidikan anak-anak di seluruh dunia. Pencils of Promise memberikan selembar kertas kepada setiap selebriti untuk menciptakan karya seni yang unik dan personal pada kertas tersebut.

Jaden Smith juga memiliki sebuah karya seni orisinil untuk dijual. Sementara “Self Portrait” karya Coldplay terjual $1.675. Dan “Be”-nya Lea Michele terjual seharga $700. Penggemar para bintang ini dapat melakukan penawaran dengan segala prosesnya untuk membantu membangun sekolah-sekolah di negara berkembang.

Pencils of Promise telah diluncurkan pada tahun 2008, kini memiliki perwakilan di Guatemala, Nikaragua dan Laos.

oleh Endang Real Suryana melalui Digital Spy