Ariana Grande Dijuluki ‘Mariah Carey Mini’

Mariah Carey VS Ariana GrandeMyMetro

Seorang wartawan pernah bertanya kepada penyanyi tersohor Mariah Carey; “Apa pendapat kamu mengenai Ariana?” menerusi temu bual dengannya dan diva itu menjawab, “Sekarang kamu bercakap mengenai saya bukan?” sekali gus mematikan soalan itu!

Daripada dialog itu saja kuat menyimpulkan betapa kehadiran pendatang baru Ariana Grande, 21, memberi impak tersendiri dalam industri muzik pop kala ini.

Meledak dan terus meledak, penyanyi dengan ketinggian 5 kaki itu tidak keterlaluan berada di kedudukan nombor satu penyanyi remaja sekarang. Namanya disebut di mana-mana dan bakatnya menjadi perbualan sedunia.

Mana tidaknya, sekian lama tidak menikmati nyanyian hebat setanding vokal diva seperti Whitney Houston, Mariah Carey, Celine Dion dan ramai lagi, Ariana muncul tiba-tiba menakluk dunia dengan vokal luar biasa.

Bahkan, kemampuannya mencapai tahap vokal empat oktav dan soprano lantas mengingatkan pendengar kepada kuasa vokal Mariah Carey. Disebabkan itu juga, penyanyi lagu Problem itu mendapat jolokan ‘Mariah Carey Mini’.

Maka apa maknanya jika seseorang penyanyi itu sudah berada setahap dengan penyanyi sehebat Mariah? Hakikatnya, skala kemampuan bintang Nickelodeon itu terlalu besar kerana selain vokal hebat, dia seorang penari yang bagus serta mampu mencipta lagu sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: