Seksi dan Menggiurkan Formula Mariah Carey Untuk Kembali Popular?

MuraiMurai

Setelah empat tahun sepi tanpa album, diva pop tersohor dunia Mariah Carey akhirnya muncul dengan album terbaru Me. I Am Mariah… The Elusive Chanteuse yang bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 27 Mei depan.

Ibu kepada dua kembar ini nampaknya tidak gagal untuk menampilkan dirinya dalam potongan badan yang cukup menggiurkan setelah melihat hasil kulit album studio ke-14 tersebut. Penyanyi yang kini menjangkau usia 44 tahun itu pasti akan membuatkan ramai wanita seusianya makan hati melihat bentuk badan miliknya itu.

Foto yang dikongsikan Mariah di Instagramnya ini menampakkan dia beraksi berani dengan padanan swimsuit seksi disempurnakan perletakan tangan di belakang kepala cukup menggoda. Sensasi seorang wanita teserlah dalam dirinya apabila menatap kulit album tersebut.

Namun begitu, album terbaru Mariah Carey ini menyimpan satu nostalgia indah dan paling istimewa buat peminatnya. Khabarnya, dibelakang album tersebut akan menyimpan apa yang digelar Mariah ‘personal treasure’ yakni hasil karyanya sejak berusia 3 tahun.

“Saya mula melukisnya sejak berusia 3 tahun lebih, diharapkan tiada yang akan mengatakan saya kerana tajuk yang dipilih serta gambar yang akan menghiasi album. Ia merupakan pendekatan yang saya rasa kreatif dan paling ikhlas sekali.

“Tambahan pula album yang terbaru ini turut menceritakan permulaan hidup saya. Bila waktunya saya ditimpa masalah dan bila waktunya saya berada di kemuncak. Semuanya akan dapat peminat fahami melalui album ini, ”ujar Mariah Carey apabila bercakap pasal albumnya itu.

Chanteuse yang berasal daripada perkataan bahasa Perancis bermaksud penyanyi kelab cuba diterjemahkan dalam pemahaman sendiri dan berharap penghasilan album kali ini akan kembali membawa namanya ke persada seni dunia nyanyian.

One Comment to “Seksi dan Menggiurkan Formula Mariah Carey Untuk Kembali Popular?”

  1. can’t wait.. sudah pre-ordered..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: