Bawakan Lagu Mariah Carey, Shila Amzah Raih Peringkat Ketiga di China

Shila AmzahMURAI

Penyanyi kesayangan ramai, Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan ‘I Am A Singer 2014’ yang berlangsung di Changsa, China, pada malam Jumaat.

Pada pusingan pertama, Shila telah menyampaikan lagu duet bersama penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu berjudul ‘When You Believe’ nyanyian asal oleh Whitney Houston dan Mariah Carey.

Manakala untuk pusingan kedua, penyanyi muda ini juga telah menunjukkan bakat tarian dengan beraksi secara solo menerusi lagu K-Pop popular berjudul ‘MAMA’ nyanyian Exo-M.

Ketika beraksi di pentas, Shila telah mendapat tepukan gemuruh dan penonton nyata terpesona dengan persembahannya.

Juara program ‘I Am A Singer 2014’ dimenangi oleh Han Lei dari China manakala naib juara jatuh kepada penyanyi dari Hong Kong iaitu G.E.M.

Sebelum ini, Shila pernah menjuarai pertandingan ‘Asian Wave 2012’ yang berlangsung di Shanghai, China.

Warga Murai ingin mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: