Diva Antarabangsa, Mariah Carey Takut Hujan

MC UmbrellaMurai

Lihat sahaja gaya penyanyi berstatus diva ini yang sinonim dengan karenah dan sikap cerewet, Mariah Carey, ketika berjalan keluar daripada sebuah bangunan di kota New York dengan dua individu memayunginya kerana Mariah mengadu cuaca yang gerimis sedangkan langsung tiada.

Sensasi seorang diva seperti sudah menjadi sebati dengan penyanyi berusia 44 tahun ini dan dia yang takut hujan itu dikatakan enggan membawa payungnya sendiri serta mahukan dua orang pembantu membawakan payung untuk dirinya setelah mengadu mengenai cuaca gerimis itu.

Dua orang pembantu ini juga bukan sahaja menjadi tukang membawa payung tetapi Mariah turut menjadikan mereka tempat dia memegang ketika menuruni tangga di bangunan tersebut. Foto ini turut memperlihatkan perubahan pada wajah diva ini.

Tona rona yang dimilikinya dikatakan telah berubah dek kerana alat solek yang digunakan menampakkan dia seperti baru sahaja pulang daripada bercuti. Dengan pakaiannya yang menjolok mata itu, Mariah akan sentiasa menjadi perhatian dek kerana telatah serta personalitinya.

Oh, Mariah Carey can you make it through the rain?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: