Anak Kembar Mariah Carey Suka Menyanyi

MStar

SUAMI kepada diva pop, Mariah Carey iaitu Nick Cannon mendedahkan anak kembar mereka yang berusia 11 bulan mula menunjukkan potensi untuk mengikut jejak langkah ibu mereka sebagai penyanyi.

Kembar itu dikatakan suka menyanyi.

Menurut Cannon, kembar sepasang Moroccan dan Monroe itu sudah menunjukkan kualiti seorang bintang.

Katanya kepada US Weekly: “Mereka (anak kembar) berbual dan menyanyi! Mereka gemar menyanyi dengan kerap dan mengikut muzik kami. Ia adalah sesuatu yang hebat!”

Dalam pada itu, Cannon yang juga pengacara America’s Got Talent dilaporkan telah mengundurkan diri daripada bidang penyampaian radio di bawah nasihat doktor ekoran kegagalan buah pinggang dan darah beku dalam paru-paru.

Bagaimanapun, dia mengakui laporan kesihatan itu memberikan peringatan kepadanya supaya lebih mementingkan kesihatan demi orang tersayang.

“Saya mahu bersama anak-anak saya. Saya perlu terus hidup untuk menikmati waktu bersama mereka yang tersayang.

“Ia menakutkan apabila saya memikirkan tahap kesihatan ini dan seteruk mana keadaannya nanti. Saya telah cuba mengatasinya sebaik yang mungkin sejak beberapa bulan yang lalu, ia bertambah baik,” katanya kepada OK! Magazine.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: