3 Suara Tampil Gemilang Bak Diva Dunia di AJL ke-26

GUA

Anugerah penuh berprestij, Anugerah Juara Lagu 26 selamat melabuhkan tirainya malam semalam dengan menyaksikan karya ciptaan M. Nasir dan lirik hasil tulisan Budi Hikayat diangkat menjadi pemenang keseluruhan edisi ke 26. Lagu nyanyian Hafiz ini menewaskan 11 finalis yang lain.

Kemenangan Awan Nano membolehkan komposer Datuk M. Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat membawa pulang hadiah sebuah trofi dan wang tunai RM35,000. Hafiz turut memenangi gelaran Vokal Terbaik dan menerima sebuah trofi dan wang tunai RM10,000.

Pemenang Persembahan Terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Seakan diatur, Beribu Sesalan yang menjadi persembahan terakhir edisi Juara Lagu kali ini menutup malam gemilang AJL dengan gabungan vokal mantap yang tidak dpt dinafikan lagi. Jaclyn Victor, Ning Baizura, dan Shila Amzah berjaya melunaskan amanat Kevin Chin dan Tinta dengan cukup baik sekali. Sekali pandang, kelihatan trio ini membawa kegemilangan era Mariah Carey, Whitney Houston dan Celine Dion ke atas pentas AJL. Cukup menawan dengan busana serba ungu, mereka membuktikan Beribu Sesalan bukanlah suatu penyesalan sebaliknya suatu pengakhiran kegemilangan anugerah penuh berprestij ini!

Keputusan Penuh AJL 26

Juara Lagu – Awan Nano (Hafiz)
Tempat Ke 2 – Beribu Sesalan (3 Suara)
Tempat Ke 3 – Karma (Faizal Tahir)
Persembahan Terbaik – Alyah (Kisah Hati)
Vokal Terbaik – Hafiz (Awan Nano)

2 Comments to “3 Suara Tampil Gemilang Bak Diva Dunia di AJL ke-26”

  1. Awesome post. You should use social websites to increase
    traffic and make your site go viral. There are tools which automate this time consuming process.Visitors can flood your website
    in no time, just type in google for:
    Rixisosa’s Social Automation

  2. I see your page needs some unique & fresh articles. Writing manually is time consuming, but there is tool for this task.
    Just search in gooogle for – Avurker’s essential tools

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: